Saturday, November 30, 2013


Assalamualaikum

 Sekadar puisi contengan pd masa lapang. Feel free to read this (:


HATI
Hati,
Segumpal darah, 
Bermaharajalela mengawal perasaan manusia.

Sekejap,
Tolong beritahu aku,
Siapa tiada hati?
Intuisi aku tinggi untuk tahu kisah hidupnya.

Adakah dia yg tiada hati itu,
Sama seperti aku?
Tapi hairan,
Aku ada hati,
Cuma aku pelakon hebat yg sembunyikan
hati aku.

Kerap kali jd patung,
Paksa diri gembirakan hati,
Walau perit mana pun,
Akan aku gagah,
Sesuka diri buka tutup suis hati,
Agar yg memerhati tidak sedari,
Biarlah mereka tahu asas hidupku,
Tentang hati aku,
Biar Tuhan saja yang tahu. 
Atiqasaleh
12.30 am
18/10/13